PUNCA PENYAKIT






Nabi Saw Bersabda maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami).



Nabi SAW telah memberitahu kita bahawa perut adalah punca segala penyakit sesuai dengan hadith di atas. Kita sebagai umat Nabi SAW yang pasti yakin dengan kata-kata Nabi ini, harus mengambil pedoman bagi kemaslahatan diri kita khususnya. 

Pada masa kini, kita terdedah dengan pelbagai makanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia dan pengawet termasuklah ubat-ubatan yang akan memberikan kesan negatif bagi tempoh masa yang panjang. Secara sedar atau tidak, kita mungkin menghadapi penyakit yang yang kita sendiri tidak sedar sehinggalah kita mencapai suatu tanda yang ketara terhadap diri kita, Bertepatan dengan sabda Nabi SAW, benarlah perut itu punca penyakit dan kita semestinya menjaga apa yang dimakan oleh kita. Makanan tersebut perlulah HALAL agar kita dapat mencegah penyakit kronik dengan izin Allah SWT.